Implementasi Sistem Pengurusan Pelajar secara Online (ASIS)

Pengimplementasian Sistem Pengurusan Pelajar (Advande School Information System - ASIS) telahpun berada di tahap akhir. InsyaAllah, kolaborasi ini dijangka akan memberi impak positif kepada ibu bapa, murid dan guru untuk jangka masa panjang.

Pihak sekolah telahpun menandatangai MoU dengan Awfatech Sdn Bhd pada bulan Julai 2019 untuk menggunapakai sistem ASIS (Advance School Information System) di Sekolah Islam Al-Rahman.

Antara faedah yang bakal diperolehi daripada sistem ini termasuklah kemudahan semakan markah ujian dan peperiksaan online, semakan kehadiran anak ke sekolah secara online dan semakan disiplin anak secara online.

Semoga usaha ini akan melancarkan lagi pengurusan persekolahan di masa hadapan, InsyaAllah.