Naiktaraf Fasiliti Sekolah: Pemasangan Pendingin Hawa


Segala puji bagi Allah yang sentiasa memudahkan urusan penuntut agama di jalanNya.
Alhamdulillah, insyaAllah pada tahun 2019, semua fasiliti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Islam Al-Rahman akan dilengkapi dengan Pendingin Hawa bagi memberi lebih keselesaaan kepada para pelajar.

Penaiktarafan ini juga bertujuan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih kondusif bagi membolehkan para pelajar memberi lebih tumpuan ketika waktu pembelajaran. Juga mengambil kira faktor perubahan cuaca dan penigkatan haba persekitaran.

Keadaan yang dingin membolehkan para pelajar lebih fokus dan bertenaga ketika di dalam kelas. Semoga penaiktarafan ini memberi impak yang positif seterusnya melahirkan genrasi modal insan yang berkualiti. Amin ya rabbal a'lamin.