Pendaftaran bagi sesi 2019/2020


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan berbesar hati, pihak sekolah memaklumkan bahawa pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2019/2020 telahpun dibuka secara rasmi.

Bermula September 2018, pendaftaran pelajar baru akan dilaksanakan secara online (atas talian) bagi memudahkan ibu bapa.

Yuran pendaftaran boleh dijelaskan bermula bulan Disember 2018 di kaunter pendaftaran yang akan dibuka nanti.

Sila hubungi pihak sekolah untuk sebarang maklumat berkaitan pendaftaran dan persekolahan, InsyaAllah kami akan memberi respon secepat mugkin.

Selamat datang ke Al-Rahman!
Kami menanti kehadiran anda semua!